CERITA UMMAH PATANI DI MAJALLAH2 MALAYSIA
CERITA UMMAH PATANI DI MAJALLAH2 MALAYSIA
Makan ''Nasi Goreng Budu Kakak''
Anak pengganas. Anak penjahat. Anak pembunuh.
Itulah gelar-gelar yang sering dilempar kepada anak-anak yang ayah 
mereka kena tahan di bawah akta yang berkaitan dengan keselamatan negara
 dalam konflik selatan Thai di sekolah oleh rakan-rakan.Mereka dibuli! 
Ada anak-anak ini terutama laki-laki membelas kembali ejekan itu dengan 
bergaduh."Aku nak tumbuk mereka,"tegas seorang anak yang ayahnya 
ditangkap. Bagi murid perempuan pula banyak berdiam, mereka memendam 
perasaan yang dalam bila mendapat diejek sebagai anak pengganas atau 
penjahat. Tidak kurang juga anak-anak ini tidak mahu ke sekolah lagi 
kerana tertekan dan malu.
Saya telah menyelami kesulitan dan payahnya hidup para anak-anak 
ini.Dan mereka ini akan tercicir dari persekolahan, sebahagian besarnya.
 Saya mudah tersentuh bila anak-anak tidak dapat sekolah kerana 
kemiskinan. Ia mengingatkan saya masa dulu, hampir-hampir diberhentikan 
sekolah.Makan nasi putih dan nasi cicah budu, itu menu biasa atau nasi 
goreng budu setiap pagi buat bekal ke sekolah. Untuk menyatakan simpati 
dan juga bantahan, saya didikasikan sebuah cerpen untuk anak-anak ini, Nasi Goreng Budu Kakak;
Seorang pegawai tentera lengkap beruniform menatap mereka." 
Kami memohon maaf Puan. Kami terpaksa menahan suami Puan di bawah 
Undang-Undang Darurat kerana kami syak dia...."
Fauzeeyah bingkas bangun."Bengong! Dulu tahan ayah kami ikut 
Undang-Undang Tentera! Sekarang ubah pula kepada Undang-Undang Darurat! 
Entah esok lusa , tahan ayah kami ikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 
pula!’’ Fauzeeyah melepas rasa geram dengan menumbuk meja.Adik-adiknya 
jadi bersemangat meskipun mereka tidak faham apa yang dikata kakak 
mereka. 
Sejak ayahnya ditangkap, dia banyak membaca perihal 
undang-undang dan perlembagaan negara, dari sini, dia baru tahu ada tiga
 set undang-undang yang dipakai di wilayah bergolak ini. Pertama, 
Undang-Undang Tentera yang memperuntukkan masa selama tujuh hari buat 
anggota keselamatan menahan suspek sebelum didakwa atau dibebaskan jika 
kekurangan bukti. Kedua, Undang-Undang Darurat yang membolehkan pihak 
berluasa menahan orang disyaki selama tiga puluh hari. Dan ketiga, Akta 
Keselamatan Dalam Negeri yang memberi kuasa kepada tentera menahan tanpa
 bicara untuk satu tempoh terhadap suspek. Malangnya, pihak berkuasa 
telah mengubah taraf tahanan seseorang dari satu undang-undang kepada 
undang-uandang yang lain termasuk terhadap ayahnya. Ini tidak adil!, 
keluhnya dalam hati. Dia sedar dia budak kecil baru berumur empat belas 
tahun, air mata sudah pun meleleh turun.Tangan emaknya sudah mengusap di
 kepalanya seraya memohon maaf kepada pegawai itu atas kelakuan tadi. ''
 Kami datang hanya mahu melawat ayah budak-budak ini. Boleh?''
Lanjut baca majalah Aniqah bulan Mei 2011.

Sebuah Catatan Perjalanan Pulang
''Kata ibu, saya dilahir di sebuah tempat bernama Patani di negara Thailand. Wow, saya lahir di luar negara! Jadi, saya ketika sekolah rendah dahulu saya begitu bangga mengatakan saya juga kacukan; kacukan Melayu-Siam. Tengok, saya berkulit putih, dan tidak seperti Melayu totok, tahu! Masa itu saya tidak faham apa-apa, yang saya tahu, Negeri Thai sebuah negara yang hebat; sebuah negara yang tidak pernah dijajah!; negara yang pernah melahirkan ratu cantik dunia!
Hinggalah, satu malam--saya sudah sekolah menengah ketika itu--kami duduk menonton berita. "Apalah, bodoh betul. Nak merdeka? Tapi senjata tak ada. Sepatutnya mereka bangga hidup di negara yang tidak pernah dijajah kuasa asing."
"Diam! Apa kau tahu!?" Suara ayah keras membentak setelah reaksi spontan saya bila berita mengenai pergolakan di selatan Thai dikhabarkan. Semua diam. Hanya suara wartawan TV3 Azura Zainal Ratin jelas di udara. Saya jadi terketar-ketar, kecut perut. Ayah bangun, dan keluar rumah dengan menghempas pintu.
Saya perlahan-lahan ke bilik, membenam kepala ke katil dan mula menangis. Sebentar, terasa tangan ibu datang mengusap-ngusap di kepala. "Baca buku ini. Kamu akan faham mengapa ayah begitu garang sekali tadi." Ibu menghulur sebuah buku lusuh bertulis jawi. Saya menatap, 'Sejarah Kerajaan Melayu Patani' yang ditulis Ibrahim Syukri. Semalaman, saya membaca habis buku itu. Akhirnya....saya menangis terisak-isak, azan subuh pun kedengaran.
Sejak itu, saya mula mencari dan membaca bahan bacaan tentang Patani. Dan azam untuk menjejak kaki di bumi Patani, tercapai juga hari ini, pagi ini. Saya sudah di pekan Sungai Golok.''
Lanjut baca di halaman muka surat 78, majalah al-Muslimah.

ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น