Sirah Patani Di Zaman Kejatuhan
Sejarah
 pencapaian di zaman kegemilangan Patani cukup banyak, jika dibincangkan
 secara ilmiah dan kajian dilakukan dengan lebih mendalam. Penulis tidak
 menafikan bahawa sebelum ini banyak pembentangan kajian telah 
dijalankan oleh banyak pihak serta dibentangkan. Tetapi bagi penulis, 
pembentangan yang dilakukan hanyalah seperti nasi kerabu yang kekurangan
 rencah dan kerabunya.
Di
 dalam sejarah Langkasuka sehinggalah namanya bertukar menjadi Patani, 
tiada kemusnahan teruk berbanding peristiwa kejatuhan Patani 1785. 
Walaupun pernah menerima asakan kuat daripada Siam  mahu pun Burma , kerajaan Patani tidak pernah jatuh sungguh pun telah beberapa kali berundur dan memindahkan istana kota  
 sebelum 

