Penghapusan Bahasa dan Budaya Melayu Muslim
Antara punca pemerintah Thai meneruskan penjajahan ke atas Selatan Thailand adalah kerana wilayah ini kaya dengan hasil alamnya. Wilayah ini sangat subur dan makmur sehingga mampu menyumbang sebanyak 40% Gross National Product (GNP) Thailand, namun hasilnya mereka hanya mendapat 2% sahaja dari kekayaan ala mini dan selebihnya ‘dirompak’ oleh kerajaan Thailand.
Penghapusan Bahasa dan Budaya Melayu Muslim
1) Jika mereka menjadi pemimpin tertinggi pejabat di 3 wilayah besar ini, mereka membawa orang-orang Siam dari Utara untuk menjadi pegawai kerajaan. Orang-orang Melayu tidak ada yang menjadi pegawai kerajaan. Semua pegawai-pegawai bukan penduduk asli, tetapi semuanya Siam. Padahal 90% penduduk di 3 wilayah ini adalah Melayu-Muslim. Jumlah pegawai-pegawai kerajaan beragama Buddha sebanyak 75% dan umat Islam hanya 15%.
2) Umat Islam dipaksa berbicara bahasa Siam, tidak dibenarkan menggunakan bahasa Melayu, perlu mengikut acara-acara ibadah mereka sehingga nama terpaksa ditukar menjadi nama Siam jika ingin bekerja di pejabat-pejabat kerajaan yang ada di Selatan Thailand sendiri pun. Nama seperti Ahmad, Yusuf, Abdul Kadir dan yang berunsur Islam dilarang jika ingin bekerja dipemerintahan.
3) Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Muslim Pattani tidak dibenarkan diajar disekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Ia bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah sebenar Pattani yang bagi pemerintah Pattani bukan negeri Melayu, tetapi keturunan dari Thailand.
4) Bahasa Melayu tidak dibenarkan menjadi bahasa pengantar disekolah-sekolah sehinggakan nama-nama tempat pun diubah. Contohnya : Menara menjadi Narathiwat, Tebing menjadi Taling Can dan langgar menjadi ruk.
Suasana pemaksaan menggunakan bahasa Siam dan mengikuti budaya mereka ini telah dirasai oleh umat Islam sejak penjajahan Siam ke atas Pattani pada tahun 1902. Identiti local di Selatan Thailand sebenarnya lebih dekat dengan Kelantan dan Kedah. Maka tidak hairanlah jika Muslim Patani lebih biasa menggunakan bahasa Melayu berbanding bahasa Siam (Thai) yang digalakkan oleh pemerintah pusat sebagai bahasa rasmi Negara Thailand.
Namun, umat Islam Pattani tetap berusaha menyediakan alternative penyelamat kepada permasalahan ini. Agar identity Melayu dan Islam terus terpelihara, akhirnya mereka membuka Taman Dididikan Kanak-Kanak (Tadika) seperti madrasah setiap hari Sabtu dan Ahad dimana anak-anak usia sekolah rendah diminta untuk belajar agama menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar dimasjid-masjid dan dikampung-kampung. Bagi pemerintah Thai, mereka juga berusaha menghapuskan sekolah-sekolah ‘gantian’ ini dengan cara menyediakan juga sedikit pengajian agama disekolah kebangsaan,tetapi dengan sangat minima dan tenaga pengajarnya orang-orang yang rendah lulusan agamanya. Ini hanya taktik pemerintah Thai sahaja.
Bahkan, anak-anak Pattani yang pulang dari Timur Tengah mempelajari agama termasuk di Malaysia, Indonesia dan sebagainya, tidak diberi jawatan-jawatan didalam kerajaan Thailand. Akhirnya, anak-anak disekolah lebih berminat menggunakan bahasa Siam berbanding bahasa Arab.
Air mata umat Islam di lima wilayah yang didiami oleh majority umat Islam di Thailand masih belum kering.
Setiap hari ada sahaja laporan dari media mengenai kekejaman pihak regim tentera Thailand ke atas
umat Islam di wilayah-wilayah ini. Mungkin jika di Malaysia, wilayah-wilayah ini adalah sebuah negeri iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, dan Songkhla. Entah berapa kali sudah Thailand bertukar Perdana Menteri, namun dasar dan sikap PM Thailand ke atas umat Islam sama sahaja, bahkan tidak ada kezaliman yang berkurang sedikit pun. Sejak konflik antara pemerintah Thailand dan bangsa Melayu Muslim Selatan Thailand mencapai kemuncaknya pada tahun 2004, lebih dari 3700 orang umat Islam terkorban baik yang dibunuh secara berhadapan, dibunuh secara diam-diam, hilang diculik dari rumah dan tidak pulang-pulang dan sebagainya.
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น