Translate

22/2/56

Betulkah pejuang yang serah diri ini adalah pejuang yang sebenar


Betulkah pejuang yang serah diri ini adalah pejuang yang sebenar

PATANI, 12 Sep – Lt.Gen. Udomchai Thammasirorat penglima Division 4 mengistiharkan pada tanggal 11 September 2012 teng Mr.Wanalicopter Chehali dan rakan-rakan sebanyak 93 orang yang menyerah diri kepada kerajaan Thai di

Menyingkap 'Resah Damai Selatan

Menyingkap 'Resah Damai Selatan'
KUALA LUMPUR: Jadi, apa yang baru tentang selatan Thai, selepas Mindanao, sebuah lagi wilayah bergolak di negara anggota ASEAN damai akhirnya sekali gus tertubuh entiti BangsaMoro.
 
Baru pulang dari tiga wilayah bergolak - Narathiwat, Yala dan Pattani, saya boleh membuat kesimpulan mudah, inspirasi angin damai di selatan Filipina itu tidak sampai di selatan Thai. Aneh, tapi realitinya hampir 1.5 juta penduduknya, 80 peratus beragama Islam sama ada enggan, tidak mahu atau tidak ambil peduli tentang apa yang berlaku di Selatan Filipina.

Peristiwa damai di selatan Filipina bukan satu-satunya sebab saya mahu menyelak jendela dari perbatasan Malaysia-Thailand untuk menjenguk pergolakan selatan Thai. Lebih awal, sebelum menyeberang, novel “The Murder Case of Tok Imam Storpa Karde” karya Siriworn Kaewkan saya selak, baca dengan mata yang keliru.