Sirah Patani-Langkasuka (1649 – 1785)
Patani Abad Ke-17 Mengandungi 43 Buah Jajahan |
Pada
menyatakan kisah Patani-Langkasuka menurut catatan Tarikh Patani yang
telah wujud seawal pada tahun 200 Masehi itu, perjalanan sejarahnya
tentulah sangat panjang. Banyak sejarahnya telah dirosakkan oleh bangsa
penjajah, yakni Siam
dan Inggeris. Dengan itu, kita pada hari ini telah mengalami kekaburan
sejarah yang sangat rumit untuk direntetkan kembali kepada anak-anak
bumi Melayu ini.
Berbekalkan
berbagai rujukan, seperti catatan Inggeris, tulisan anak Melayu
terkemudian serta termasuk juga cerita lisan dari anak-anak Patani (cerita orang tua-tua Patani), maka penulis akancuba
menyelusuri sejarah itu dengan berhati-hati. Kerana dalam banyak versi
sejarah Patani, telah didapati bahawa terdapat banyak usaha untuk
melagakan beberapa pihak tertentu supaya berseteru. Tujuannya ialah bagi
memastikan supaya satu pihak lagi dapat mengekalkan tampuk kuasa tanpa
diganggu gugat.
terkemudian serta termasuk juga cerita lisan dari anak-anak Patani (cerita orang tua-tua Patani), maka penulis akan
Seperti
bicara penulis dalam tulisan terdahulu, pemerintah Patani-Langkasuka
adalah dari keturunan pemerintah Sriwijaya. Raja terakhir yang
memerintah Patani ialah Raja Kuning binti Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin.
Baginda ialah seorang raja atau pun ratu yang memerintah Patani seperti
mana ratu-ratu perempuan yang dilantik sebagai Raja Patani terdahulu.
Raja Kuning dilahirkan pada tahun 1613 di Pahang, kerana bondanya Raja
Ungu berkahwin dengan Sultan Pahang. Setelah kemangkatan bondanya, Raja
Kuning telah ditabalkan sebagai Raja Patani pada tahun 1635. Ketika itu
Patani mempunyai 43 jajahan, termasuk Terengganu. Setelah Raja Kuning
berkahwin dengan putera Sultan Johor, maka Terengganu diperintah oleh
wakil Sultan Johor. Patani berada di bawah pemerintahan Raja Kuning
selama 14 tahun. Baginda mangkat pada tahun 1649. Sebahagian catatan
lain pula menyatakan bahawa Raja Kuning mangkat pada tahun 1688 pada
usia 75 tahun tanpa meninggalkan pewaris tahta yang sah.
Menurut
satu pendapat lain, raja-raja perempuan yang memerintah Patani ini
merupakan raja adat sahaja. Ini kerana mereka tidak mempunyai kuasa
penuh, bahkan mereka juga tidak dibenarkan memasuki ke beberapa tempat
di dalam istana. Ini kerana, Sultan Patani yang sebenar ialah dari
keturunan Sultan Qunbul atau Sayyid Ali Nurul Alam. Tetapi kesepakatan
telah dicapai, di mana keturunan Raja Sriwijaya yang sah masih lagi
dapat memerintah bersama-sama raja-raja dari golongan ulama berketurunan
Sultan Qunbul dan keturunan Tok Raja Fiqih al-Abbasi. Kesepakatan yang
dibuat itu adalah disebabkan beberapa faktor serta bagi memastikan
peralihan tampuk pemerintahan berjalan dengan penuh beradab. Di sini
kita dapat melihat bahawa Patani itu telah mengamalkan sistem pemerintah
seperti yang diamalkan sekarang. Seorang ‘raja besar’ dari salah satu
43 buah negeri tersebut, bertindak seperti Yang DiPertuan Agong sekarang
atau istilah sebenarnya Raja TiRaja. Pusat pemerintahan Patani Besar
pada mulanya di Kota Mahligai telah berpindah ke Istana Kota Chabang
Tiga di Patani.
Hal
ini bertepatan dengan satu riwayat lain, yang menyatakan bahawa, pada
tahun 1650, Raja Sakti II bin Sultan Abdul Kadir, telah meninggalkan
Kerajaan Jembal di Kelantan kepada puteranya Raja Loyor, setelah
dilantik sebagai Raja Besar Patani. Raja Sakti memerintah Patani selama
12 tahun setalah mangkat pada tahun 1662. Raja Sakti (Raja Jembal,
Kelantan 1637 – 1649) dari Kerajaan Jembal ini juga adalah berketurunan
Sultan Qunbul. Semasa pemerintahan Raja Sakti, telah beberapa kali
baginda bersama-sama angkatan tentera Patani menghalau Siam daripada menceroboh bumi Patani. Bahkan pernah baginda bersama bala tenteranya mengejar tentera Siam sehingga jauh ke dalam wilayah Siam .
Di
sini juga didapati bahawa Kerajaan Jembal di Kelantan juga berada di
bawah pemerintahan pusat Patani. Selain itu juga Raja Kelantan dan
Patani adalah dari satu jalur keturunan, iaitu anak cucu Sultan Qunbul,
keturunan ulama-ulama sebagai pemerintah/sultan yang memerintah
sebahagian Tanah Melayu. (Insya Allah pada masa akan datang, penulis
akan menerangkan hubungan kekeluargaan kesultanan Champa, Patani dan
Kelantan). Selain itu, sejarah versi Inggeris hanya menonjolkan Raja
Kuning sebagai Raja Patani (1635 – 1649/88), sebaliknya, Raja Besar
Patani ialah Raja Sakti (1650 – 1662) pula dikatakan menyerang Patani
pada tahun 1649. Sedangkan serangan Raja Sakti tersebut ialah menghalau Siam
dari menceroboh Patani. Kemudian disejarahkan pula semasa pemerintahan
Raja Kuning, Patani sangat aman dari segala ancaman musuhnya, terutama Siam .
Begitulah sejarah Patani telah dicincang lumat oleh musuh-musuhnya,
supaya generasi terkemudian akan terlepas pandang atau tidak akan
menemui kisah sebenar tentang tanah air mereka suatu masa dahulu.
Setelah
kemangkatan Raja Sakti II pada tahun 1662, putera baginda Raja Loyor
(Raja Jembal, 1649 – 1663) telah diangkat sebagai Raja Besar Patani
(1662 – 1663). Baginda memerintah Patani Besar dan Jembal sekali gus
sehingga mangkat pada tahun 1663.
Adinda
Raja Loyor benama Raja Umar kemudian diangkat pula sebagai Raja Patani
(1663 – 1670). Disebabkan tiada pengalaman mentadbir, maka Raja Umar
telah meninggalkan pemerintahan Patani pada tahun 1670. Raja Umar
kemudian ditabal sebagai Raja Jembal pada tahun 1676 sehinggalah tahun
1721.
Apabila
Raja Umar meninggalkan tahta Patani pada tahun 1670, Patani diperintah
secara bersama oleh ulama-ulama yang dilanti sebagai raja disetiap
negeri kecil (jajahan) Patani. Patani tidak mempunyai Raja Besar (atau
kemungkinan juga jawatan tersebut di pangku oleh Raja Kuning)
sehinggalah pada tahun 1688, apabila raja-raja kecil serta pembesar
Patani menjemput Raja Bakar / Raja Bakal dari Kampung Teluk untuk
ditabalkan sebagai Raja Besar Patani. Raja Bakar yang ketika itu usia
sudah lanjut, juga adalah dari kalangan anak cucu Raja Sakti telah
bersetuju menjadi Raja Patani (1688 – 1690).
Kemangkatan
Raja Bakar pada tahun 1690, telah menyebabkan puteri baginda bernama
Raja Mas Kelantan dilantik sebagai Raja Patani (1690 – 1707). Raja Mas
Kelantan berkahwin dengan Tuan Besar Long Bahar bin Wan Daim (Datu
Pengkalan Tua). Perkahwinan tersebut telah melahirkan Raja Dewi Perachu
dan Raja Long Sulaiman.
Apabila
Raja Mas Kelantan mangkat dalam tahun 1707, Raja Dewi Perachu telah
diangkat sebagai Raja Patani dengan gelaran Raja Nang Chayang (1707 –
1715). Nang Chayang kemudian menyerahkan tahta kepada ayahanda baginda,
Tuan Long Bahar (1715 – 1716). Terdapat percangahan pendapat dikalangan
pembesar apabila Tuan Long Bahar menaiki tahta Patani. Keadaan ini
menyebabkan Tuan Long Bahar menyerahkan semula tahta kepada puteri
baginda Nang Chayang yang menaiki tahta buat kali kedua (1716 – 1718).
Tuan Long Bahar kemudian berhijrah ke Kelantan dan ditabalkan menjadi
Raja Jembal (1721 – 1734).
Patani
Kemudiannya diperintah pula oleh Raja Along Yunus (1721 – 1729) dan
Sultan Haji Yunus (1729 – 1749). Raja Along Yunus dan Sultan Haji Yunus
juga berketurunan Raja Bakar iaitu dari susur galur keturunan Sultan
Qunbul. Di sini penulis mendapati terdapat banyak percanggahan pendapat
tentang tarikh dan dua nama raja yang memerintah Patani tersebut. Begitu
juga peristiwa bagaimana kedua-dua orang raja tersebut menaiki tahta.
Setelah
kemangkatan Sultan Haji Yunus, Tuan Long Nuh bin Tuan Long Nik, yang
ketika itu menjadi Raja Jambu telah ditabalkan pula sebagai Raja Besar
Patani (1749 – 1771). Patani kemudian diperintah pula oleh Raja Bakar,
setelah kemangkatan Raja Long Nuh. Raja Bakar (1771 – 1774), merupakan
putera Raja Long Nuh.
Raja
Ahmad kemudiannya menaiki tahta Patani setelah kemangkatan ayahandanya,
Raja Bakar. Baginda menggunakan gelaran Sultan Muhammad (1774 – 1785).
Baginda ialah Raja Patani terakhir sebelum kejatuhan Patani dalam
serangan dan tipu helah Siam selama hampir sepuluh tahun.
Sultan Muhammad telah gugur syahid dalam serangan dahsyat Siam
terhadap Patani damal tahun 1785. Setelah kemangkatan baginda seluruh
Patani telah mengalami zaman kepayahan serta penderitaan dengan
kekejaman dan kezaliman pemerintahan Siam .
Patani
yang bebas dan makmur semenjak kewujudannya pada tahun 200 Masehi,
kemudian menerima Islam pada tahun 750 Masehi. Kemudian bertukar
pemerintahan beraja dari Sriwijaya kepada Kesultanan Islam dari golongan
ulama berketurunan Sayyid Hussein Jamadil Kubro pada tahun 1467,
akhirnya telah jatuh ke tangan pemerintah Siam kafir laknatullah pada
tahun 1785. Mungkin itulah yang namakan sebelum ada kebangkitan, akan
ada kejatuhan…. Takdir dan kuasa Allah yang Maha Mengetahui akan
sesuatu… itulah rencana Allah Taala yang wajib kita renungi sebelum kita
dihadapkan pula dengan kebangkitan umat Islam sebelum tibanya Kiamat
Qubra….
Mungkin
terdapat banyak percanggahan dengan pengetahuan dari kalangan pembaca
berbanding catatan penulis ini. Seperti yang telah penulis terangkan
dari awal, penyampaian penulis ini adalah berdasarkan semakan silang
dari pelbagai sumber disamping cerita lisan orang tua-tua berdarah
Patani. Penulis juga tidak menukilkan di sini kisah perebutan kuasa
pemerintah di Patani, kerana pada semakan penulis kisah tersebut tiada
asas kukuh untuk mempercayainya. Sebaliknya kisah berkenaan hanyalah
sebahagian daripada agenda menutup kejadian sebenar di samping
merendah-rendahkan golongan ulama yang menjadi sultan/raja di Patani.
Bagi
golongan pembaca yang berusia muda pula, mungkin mereka akan kehairanan
dengan dakwaan penulis bahawa Sultan Melayu pada zaman dahulu adalah
dari golongan ulama. Malah sesetengah mereka telah mencapai maqam
kewalian. Insya Allah pada masa akan datang penulis akan berbicara
tentang kaedah perlantikan Kesultanan Melayu selepas daripada
pemerintahan Dinasti Sriwijaya. Kerana ianya sangat bertentangan dengan
amalan perlantikan serta sumber sejarah sekarang. Wallahu a’lam.
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น