Translate

22/2/56

Betulkah pejuang yang serah diri ini adalah pejuang yang sebenar


Betulkah pejuang yang serah diri ini adalah pejuang yang sebenar

PATANI, 12 Sep – Lt.Gen. Udomchai Thammasirorat penglima Division 4 mengistiharkan pada tanggal 11 September 2012 teng Mr.Wanalicopter Chehali dan rakan-rakan sebanyak 93 orang yang menyerah diri kepada kerajaan Thai di
Dewan mesuarat boromrachakumari pejabat majlis agama Islam wilayah Narathiwat.  Mr. Wanalicopter Chehali ada waran tangkap dengan hadiah tangkap sebajak 1 juta Bath selama 9 tahun Mr.Wanalicopter yang bersembunyi di Malaysia. Kerajaan Thai mendakwa bahawa Mr.Wanalicopter sebagai master pland dalam kesemua kejadian yang berlaku di wilayah selatan. Kerajaan Thai sangat perlu kepada Mr.Wanalicopter untuk menjadi simbul bagi pejuang-pejuang kemerdekaan Patani sepaya menyerah diri seperti Mr.Wanalicopter dengan tidak siasat tentang diri Mr.Wanalicopter adalah pejuang atau tidak. Selama 9 tahun waran tangkap yang di keluarkan oleh kerajaan Thai di wilayah selatan di keluarkan dengan sesuka hati tidak perlu siasat dengan teliti menyebabkan ramai penduduk Patani di bahagi waran tangkap oleh kerajaan Thai. Begitu juga dengan Mr.Wanalicopter Chehali berpuluh-puluh waran tangkap dan berpuluh-puluh kes yang difitnahkan, sedangkan beliau menjadi pekebun di Malaysia.
Peran cadangan menarik orang yang dituduh sebagai pejuang dirancangkan oleh Lt.Gen. Udomchai Thammasirorat dan bekas calon wakil rakyat parti Prachatham Mukhtar Sikajik (Ta bilok), Iskandar Thamrongsab penasihat parti Prachatham dan rakan-rakan yang lain mengesahkan memanggil orang yang tertuduh untuk menyerah diri dengan kerajaan.  Kumpulan ini berusaha selama 2 tahun sehingga mereka berjaya memanggil Mr.wanalicopter menyerahkan diri dan menjaminkan bahawa Mr.Wanalicopter mendapat keadilan dan tidak menerima apa-apa hukuman dari kerajaan Thai.
Di Bangkok hari ini juga Pol.Capt Chalerm Yubamrung timbalan perdana menteri berkata kerajaan Thai tidak boleh menghapuskan kes jenayah yang di buat oleh penyerah diri walaupun mereka kembali berkerja sama dengan kerajaan dalam menyelesaikan masalah wilayah selatan. Pol. Capt Chalerm timbalan perdana menteri berkata lagi pihak askar memainkan propaganda untuk pejuang kemerdekaan Patani menyerah dengan memberi tawaran tidak menerima apa-apa hukuman itu adalah taktik askar dalam kawasan untuk menyelesaikan masalah bagi saya (Pol.Capt.Calerm Yubamrung) mereka itu tetap menerima hukuman.
Kerajaan Thai bahagikan bajet kepada Iskandar Thamrongsab, Mukhtar Sikaji dan rakan-rakan untuk menjalankan program ini dengan memberi tawaran seorang pejuang mendapat 300 ribu Bath. Dengan tawaran yang sangat banyak menyebabkan Mukhtar Sikaji yang mengaku dirinya sebagai bekas pejuang dan usaha mencari pejuang-pejuang untuk menyerah diri.

ไม่มีความคิดเห็น: