Translate

1/3/56

REVOLUSI SENJATA DI PATANI THAILAND & BUKU BARU; GERILA


REVOLUSI SENJATA DI PATANI THAILAND & BUKU BARU; GERILA

Buku terbaru. Ada beberapa sebab mengapa aku menyukai novel Gerila oleh Lukman Iskandar, terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sebab yang pertama dan utama ialah kerana ianya kategori genre thriller aksi tempur. Sebab kedua ialah kerana ianya mengisahkan perjuangan Angkatan Bersenjata Republik Islam Patani (ABRIP) melawan penjajahan Thailand dan teroris Parti Komunis Malaya (PKM).
Buku ini merupakan antara beberapa buah fiksyen terbitan PTS yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang diperjuangkan oleh penerbit.  Secara umum, narasi penulis umpama air deras. Namun ada ketikanya terhalang oleh ‘batu-batu besar di sepanjang aliran sungai’. Mengapa begitu? Ianya justeru kerana ada di beberapa halaman plot seakan-akan melompat secara tiba-tiba.
Walaupun begitu, saya masih dapat merasai jerih sebuah perjuangan suci. Ada ketika saya terkedu dan terasa bening. Ya, memang saya dapat merasainya lewat bait-bait narasi penulis. Pedih, pilu, marah, geram dan terkesima.
Sinopsis novel….

Novel kontroversi ini ditulis ketika penulisnya, Allahyarham Lukman Iskandar, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1992 hingga 1994. Penulis adalah bekas Setiausaha Agung Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani. Walaupun fiksyen, novel Gerila ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Ia berlatarbelakangkan konflik di Patani, sebuah negeri Melayu yang dijajah oleh Thailand sejak tahun 1785. Kisahnya tentang Kapten Ruzaiman, seorang juruterbang jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang diselamatkan oleh anggota gerila pembebasan Patani ketika pesawatnya terhempas di Selatan Thai. Selepas diselamatkan, Kapten Ruzaiman menyertai perjuangan gerila itu. Mereka berperang dengan tentera Thai, polis Thai dan PKM. Gerila penuh dengan aksi tempur, taktik peperangan sebenar, konflik emosi, dan konflik kuasa!
- – - – - – - PPPPPffttttt – - – - – - – -
Sehubungan itu, aku terus mencari-cari sumber rujukan berhubung perjuangan Masyarakat Melayu Muslim di Patani dan akhirnya melalui carian di laman web dan buku-buku aku menjumpai serba-sedikit berkaitan kisah perjuangan rakyat melayu muslim di selatan Thai. Sila baca ya! Ini aku dapati di laman “Revolusi Perjuangan” dan penulisan di bawah telah diedit sedikit untuk dimudahkan pembacaan umum.
Tanggal 4 Januari merupakan memori bersejarah dalam sejarah perjuangan kemerdekaan umat islam Bangsa Melayu Patani, sejak Patani dijajah oleh kerajaan Siam (Thai) pada 1785 m dan menghapus sistem pemerintahan kerajaan Islam Melayu Patani pada 1902 m.
Pada awal pagi menjelang tanggal 4 Januari 2004 tembakan dari berbagai jenis senjata api meletus di Kem Batalion Askar Pileng Choh-erong wilayah Naratiwat, yang merupakan suatu proklamasi pencetusan revolusi bersenjata antara Pejuang Pembebasan Patani dengan rejim penjajah kerajaan Thai.
Peristiwa di Kem Batalion Askar Pileng tersebut mungkin pertama kali dialami oleh pasukan tentera Thailand sejak angkatan bersenjata itu dikemaskinikan pada 8 april 1959. Kerana peristiwa tersebut merupakan suatu kejutan yang mungkin tak pernah terlintas di hati para pembesar dan ahli strategi perang, juga para jeneral Thailand yang selalu memandang remeh dan kecil terhadap kekuatan pejuang pembebasan Patani. Peristiwa di Kem askar Pileng itu tidak hanya mencatat kerugian 413 pucuk senjata askar Thai yang dirampas oleh pejuang Pembebasan Patani, terbunuhnya 4 orang askar Thai, dan termusnah beberapa lokasi strategik dalam Kem tersebut. Tetapi lebih dari itu yang dirasakan oleh para pembesar pemerintah dan askar Thai adalah telah mencalar muka dan merupakan suatu cabaran besar terhadap maruah, keangkuhan dan kesombungan kerajaan Thai selama kini yang memandang orang Melayu Patani sebagai manusia yang bodoh tak berpendidikan dan menghina pejuang Patani sebagai pejuang kampungan.
Tanggal 4 Januari 2011 genapnya tujuh tahun tercetusnya revolusi bersenjata di Patani. Tentu sekali, selama tujuh tahun itu masa tidak berjalan begitu saja, akibat dari perang itu memang yang paling terasa rugi dan sakitnya adalah kerajaan Thai itu sendiri yang salah menghitung dan menilai tentang kekuatan Pejuang Pembebasan Patani yang jauh lebih maju dan professional dari apa yang dianggap oleh penjajah Siam Thai. Memang sebelumnya mungkin para jenerral, ahli strategi dan kerajaan Thai sudah terasa cukup pengalaman dan ilmu perangnya untuk menghancur dan mengalahkan pejuang Patani, kerana sebelum ini pada awal tahun 90 an memang kerajaan dan para jeneral Thai telah mampu menyelesai dan menamatkan riwayat Parti Komunis Thai dan Parti Komunis Malaya di kawasan sempadan selatan.
Perlawanan Sebelum 2004:
Sebelum ini sejak dari tahun 1968 lagi Angkatan Bersejata Revolusi Patani (ABREP) telah ditubuhkan oleh kaum progresif dan revolusioner pembebasan Patani, yang merupakan barisan depan perjuangan rakyat telah mengadakan pentempuran bersenjata dengan penjajah Thai untuk membebaskan Negara Patani dari belenggu imperialis, walaupun peranan dan profesionaliti pejuang Patani pada masa itu tidak sehebat dan sekuat sekarang, tetapi terdapat ribuan pemuda pemudi dan rakyat Patani telah ikut bergabung dalam Gerakan Pembebasan Patani. Diantara organisasi gerakan pembebasan Patani yang berperanan aktif pada masa itu antaranya adalah Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN 1960), Patani United Liberation Organization PULO 1968) dan Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP). Dengan dipimpin oleh beberapa orang tokoh masyarakat dan tokoh politik yang progresif dan revolusioner, antaranya Haji Amin Tokmina, Ustaz Abdulkarim Hassan, Tengku Abduljalal, Tengku Biro dan Iain-lain, disamping itu juga beberapa tokoh Tentera Pembebasan Patani yang masyhur dan disegani oleh musuh pada waktu itu antaranya As-syahid Cikgu Din, Allahyarham Pakyeh, As-syahid Cikgu Umar, Pak Bustaman, Tuan guru Abu Bakar, Alahyarham Cikgu Peng, H. Ismail Ternang, AllahyarhamTok Ayah Kub Jambu Rindang dan beberapa tokoh pejuang lain yang berperanan penting dalam usaha untuk merebut kembali hak ketuanan Bangsa Melayu Patani dari belehggu rejim penjajah Siam Thai, ABREP bermarkas di seluruh bukit bukau di kawasan tiga wilayah Pattani, Jala, Naratiwat dan sebagian dari Senggura sebagai pangkalan angkatan bersenjata secara sistematik dan terkoordinasi, dengan membentuk tiga Komando Daerah Gerilia (Kodag) satu di kawasan wilayah Jala, Kodag dua di kawasan Naratiwat dan Kodag tiga di kawasan Pattani dan Sanggura.
Sebagai taktik perjuangan, pejuang Pembebasan Patani bergerak secara gerila dengan menyusun kekuatan di bukit bukau, menguasai kawasan pendalaman dan kampung kemudian menyerang kota-kota yang merupakan pusat pemerintahan penjajah Siam Thai. Setelah tahun 1990 m. peranan ABREP agak menurun setelah organisasi induk perjuangan Pembebasan Patani mengubah strategi dan taktik perang, kerana dianggap sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan semasa untuk menyusun kekuatan di bukit bukau, kerana strategi bukit dianggap sudah tidak layak lagi untuk dijadikan pengkalang bagi Pejuang Pembebasan Patani.
Kerajaan Thai Kewalahan
Tujuh tahun Pejuang Pembebasan Patani mengadakan perlawanan dengan kerajaan dan askar Thai, dengan berbagai taktik perang gerila yang lihai dan jitu yang digunakan oleh Pejuang Pembebasan Patani, mengakibatkan penjajah Siam Thai kewalahan besar. Sejak tahun 2004-2010 kerajaan Siam Thai telah menghabiskan uang Negara sebanyak 1.44 ratus ribu juta bhat, untuk menghadapi pejuang pembebasan Patani dan usaha untuk menghapuskan Mdeology perjuangan kemerdekaan rakyat Patani.
Kerajaan Siam Thai juga telah megumpul semua ahli bijak pandainya, para ilmuan, ahli strategi perang, tokoh-tokoh politik, tokoh-tokoh militer dan sebagainya untuk berfikir dan bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha untuk menamat dan menghancurkan perjuangan kemerdekaan Patani, sudah lima orang perdana menteri dan ratusan para jeneral. Tetapi hasilnya seperti mana terbukti sekarang ini bahawa Pejuang Pembebasan Patani tetap masih berdiri utuh dan teguh menjalankan tugasnya dan terus beraksi menghentam setiap potensi kekuatan penjajah Siam Thai di atas bumi Patani di mana mereka kehendaki.
Serangan Pejuang Patani:
Selama tujuh tahun ( 2004 sampai dengan 2010 ) setelah pejuang Patani memproklamasikan cetusnya revolusi bersenjata pada tanggal 4 Januari 2004 di Kem Askar Peling Choh-erong Naratiwat. Pejuang Patani telah melakukan serangan dan sabotaj terhadap pasukan dan agensi penjajah Siam Thai tidak kurang dari 10,498 kali, dan telah mengadakan ledakan bom terhadap sasaran askar dan tempat-tempat potensi strategi penjajah Siam Thai tidak kurang dari 2003 kali (bom kereta 20 kali). Ledakan berbagai jenis bom yang digunakan oleh Pejuang Pembebasan Patani, dari bom tangan, grenad, bom pemusnah, motorsikal bom dan bom kereta. Ratusan buah kenderaan perang askar Thai telah musnah, ribuan askar mati dan cedera parah dan tak kurang dari lima puluh buah kereta kebal telah hancur musnah akibat dibom oleh Pejuang Pembebasan Patani.
Serangan bom kalau dilihat secara statistik peristiwa pertahun setelah cetusnya revolusi bersenjata pada tahun 2004 sampai denga tahun 2010 :
Tahun 2004 sebanyak           111  kali
Tahun 2005 sebanyak           248  kali
Tahun 2006 sebanyak           328  kali
Tahun 2007 sebanyak           484  kali
Tahun 2008 sebanyak           268  kali
Tahun 2009 sebanyak           303  kali
Tahun 2010 sebanyak            261  kali
Jumlah letupan bom selama tujuh tahun sebanyak 2003 kali.
Akibat Dari Perang
Perang  memang tak dapat dihindari  dari akibat sakit,  cedera,  mati dan sengsaranya manusia disamping itu juga telah musnah dan kehilangan harta benda dan kenyamanan dalam hidup, mungkin semua orang yang berperang cukup menyedari perkara tersebut, tetapi kenapa mereka berperang? Jawabannya tentu sekali bahwa kesakitan dan kesengsaraan akibat dari perang itu jauh lebih ringan dari rasa sedih, sakit dan sengsara daripada dijajah, dirampas hak ketuanan, dicabul maruah dan dibelenggu kebebasan. Memang benar peribahasa Melayu yang mengatakan bahwa ” BIAR PUTIH TULANG ASAL JANGAN PUTIH MATA. BIAR MATI ANAK ASAL JANGAN MATI ADAT”.
Setelah tercetusnya revolusi bersenjata di Patani pada 4 Januari 2004 hingga kini mengakibatkan terkorban nyawa sebanyak 4524 orang .Dalam jumlah mereka yang terkorban nyawa tersebut terdiri dari umat islam Melayu Patani sebanyak 2663 orang      ( 58.86 %) dan orang Siam Thai sebanyak 1861 orang (41.13 %). Dan yang cedera sebanyak 7320 orang, terdiri dari umat Islam Melayu Patani sebanyak 2398 orang (32.75 %), dan Thai sebanyak 4922 orang (67.25 %).
Semangat Patriotisme dan Heroisme yang tak pernah surut
Sepanjang penentangan Pejuang Pembebasan Patani mengadakan perlawanan dengan rejim penjajah Siam Thai, berbagai ujian dan tentangan yang dihadapi oleh pejuang Pembebasan Patani, telah ratusan saudara seperjuangannya telah terkorban syahid dan ratusan yang cedera parah, ratusan ditahan dan dipenjara dan ribuan terpaksa hijrah meninggalkan sanak saudara harta benda dank ampung halaman, namun semangat heroisme dan patriotisme yang berkobar-kobar tak pernah surut dan tak pernah mengenal lelah dan lesu, dengan penuh kesedaran dan rasa tanggung jawab terhadap amanah penderitaan rakyat, sanggup berdiri sebagai barisan depan untuk membawa dan membimbing rakyat menuju ke pintu gerbang Patani merdeka.
Ciri-ciri Kejayaan Menjelang
Selama tujuh tahun mengadakan perlawanan, sudah banyak kejayaan yang direbut oleh Pejuang Pembebasan Patani dari cengkaman penjajah Thai, walaupun kemuncak dari cita-cita perjuangan iaitu Patani Merdeka masih belum diraih oleh rakyat Patani, namun sekurang-kurangnya agama islam tidak dipermain-mainkan lagi oleh kafir Siam Laknatullah, kehormatan bangsa Melayu Patani sudah dihargai oleh bangsa lain terutama penjajah Siam Thai itu sendiri dan masyarakat internasional juga mulai ambil perhatian terhadap keberadaan umat islam Bangsa Melayu Patani yang sudah sekian lama terbuang dari agenda politik antara bangsa, nilai-nilai bahasa dan budaya orang Patani sudah satu persatu diakui oleh penjajah Thai, dimana sebelum ini kerajaan SiamThai selalu berusaha untuk mendiskriminasi politik dan asimilasi nilai-nilai budaya. Kehidupan orang Melayu Patani juga terbela setelah para kapitalis dan koprat Siam Thai keluar dari bumi orang Melayu tersebut kerana terancam kehidupan setelah didesak oleh Pejuang Pembebasan Patani,
Siaft dan Sikap Perjuangan Pembebasan Patani
Perjuangan pembebasan Patani adalah sebuah perjuang untuk menuntut kembali hak ketuanan Umat Islam Bangsa Melayu Patani yang telah dirampas dan dijajah oleh rejim imperialis Siam Thai sejak dari tahun 1785 sarnpai sekarang, dan perjuangan Pembebasan Patani adalah sebuah perjuangan yang bebas aktif tidak terikat dan tidak berkiblat kepada mana-mana Negara, organisasi atau gerakan, dan tidak berpehak kepada mana-mana adikuasa di dunia ini. Rakyat Patani berjuang semata-mata bergantung mutlak kepada kekuatan rakyat Patani dan pertulungan dari Allah swa. Yang maha paling berkuasa dan memberi pertulungan.
Sikap Perjuangan Pembebasan Patani adalah menghormati kepada semua bangsa dan mengakui hak wujudnya bangsa-bangsa di dunia ini. Perjuangan Pembebasan Patani menentang atas segala bentuk pencorobohan, kezaliman dan penjajahan. Kami mencintai keadilan, mencintai kedamaian  dan sangat-sangat lebih mencintai kemerdekaan. Perjuangan Pembebasan Patani selalu bersedia bekerja sama dan berpartisipasi dengan mana-mana organisasi, Negara di dunia ini yang ingin mewujudkan perdamaian, kemakmuran dan kesejahteraan umat manusia di semesta alam jagat ini.
Do’aku Untuk Pejuang Patani!
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami yang sedang berjuang di Patani dan di semua tempat.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau member! makar kepada mereka. Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka. Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah, tolonglah kaum muslimin di Patani dan semua tempat. Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan eratkanlah hubungan mereka. Ya Allah, binasakanlah penjajah Kafir Siam dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka. Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka. Ya Allah, Hancurkanlah penjajah Kafir Siam di bumi Patani dan memerdekakanlah bumi Patani Darussalam dengan segera.    Amiin. Ya rabbal aalamin..!
SANTAPAN NURANI
Qunut nazilah (Da/am bah as a Melayu) adalah diantara senjata bagi Pejuang Islam \ketika terjadi musibah, kezaliman dan apabila berhadapan dengan musuh kafir Umknatullah :
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
- – - – - – -PPPffftttt – - – - – - – —
Sedikit kisah sejarah….
Dari sudut sejarah, pergerakan revolusi Patani dinamakan Pergerakan Komando Revolusi Rakyat Patani. Pergerakan ini tergabung dalam Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN).
BRN ditubuhkan pada 13 Mac 1960, bertempat di sebuah institusi pengajian Islam yang terkenal, Sekolah Haji Harun atau Thamwitya Mulniti, Bandar Yala. Pengasas-pengasasnya terdiri dari Ustaz Karim Hassan, Dr. Haji Harun, Wan Muhammad Bung, Ustaz Razali, Harun Yaacob, Yusoff Chapakiya, Ahmad Shariff dan Abdul Qayoom.
BRN ditadbir oleh sebuah komiti pusat diberi nama DPP (Dewan Pimpinan Pusat). Anggota DPP telah ditambah oleh tokoh-tokoh saperti Tengku Jalal, Amin Tohmina, Ustaz Zakaria dan Ahmad Yenkee.

Pada tahun 1963, Amin Tohmina mengambil-alih jawatan sebagai Presiden. Amin mula memecat beberapa anggota yang tidak disukainya termasuklah Yusoff Chapakiya, Abdul Qayoom, Ahmad Shariff dan akhir sekali Dr. Harun Sulong. Tengku Jalal keluar dari BRN untuk memimpin fron pembebasannya sendiri diberi nama BNPP. haji Yusoff pula menubuhkan sebuah fron sebagai alternatif kepada BRN diberi nama PRN(S).
Sumber:
p/s-Semoga yang haq akan muncul dan yang bathil akan punah musnah seiriang dengan perjuangan bangsa melayu islam Patani di Thailand!

ไม่มีความคิดเห็น: