Translate

19/2/56

Pejuang Masih Mara

Pejuang Masih Mara


PATANI, 30 Sep – Kerajaan Thai sangat bingung dengan kejadian pada hari ini. Setelah mengisytiharkan kejayaan dalam mengatasi konflik di wilayah selatan terhadap rancangan yang dijalankan dapat membayangkan kejayaan dalam mengatasi konflik.

Konflik di wilayah selatan semakin hari semakin gelap bagi kerajaan oleh sebab beberapa rancangan yang dirancangkan tidak berjaya walaupun sudah memanggil 12 orang dari kumpulan penyerah diri untuk menjadi alat kerajaan supaya memancing pejuang lain untuk menyerah diri kepada kerajaan seperti mereka, tetapi hal ini menjadi soalan bagi semua orang yang memerhatikan konflik di wilayah selatan, mengapa di kalangan 12 orang dari penyerah diri kepada kerajaan tidak termasuk Wan-alicopter Chehali?
Sebelum ini kerajaan mengatakan Wan-alicopter Chehali sebagai ketua komando yang memiliki tentera 8,000 orang dan sebagai salah satu orang yang sangat berpengaruh di kalangan Pejuang kemerdekaan Patani. Orang yang banyak peranan seperti Wan-alicopter Chehali mengapa di ketepikan oleh kerajaan untuk menjadi salah satu dari kumpulan memancing gerakkan untuk berhenti keganasan yang di ketuai oleh Maj. Gen. Cherin Amorkeaw. Kumpulan ini berjumlah semua 18 orang termasuk 12 orang dari 93 orang yang penyerah diri.
Kerajaan Thai terdesak dengan perbuatan dan percakapan diri sendiri yang membuat khabar angin tentang pejuang kemerdakaan Patani melarang berkerja pada hari jumaat. Seterusnya khabar angin itu tidak berhasil, penduduk wilayah selatan sedar bahawa ini permainan kerajaan untuk menfitnahkan pejuang kemerdekaan Patani. Setelah kejadian ini menyebab penduduk Melayu wilayah selatan merasa keliru terhadap pendirian kerajaan Thai yang merancangkan semua perancangan untuk membantu kapitalis yang berada di wilayah selatan bukan untuk mengamankan wilayah ini.
Sebelum ini kerajaan mengatakan bahawa kumpulan PULO (Patani United Liberation Organization) tidak bergerak dan yang berada hanya nama sahaja, tentera PULO sudah pupus mengikut perkataan Lt.Gen. Samrid Srirai. Di hari ini tentera PULO lah yang meletupkan bom di wilayah Narathiwat serta sangkutkan bendera PULO di tiang tepi jalan. Bendera itu dapat menafikan perkataan kerajaan bahawa kumpulan ini sudah hilang.
Konflik di wilayah selatan hari ini menyala kuat oleh sebab pejuang dapat bertindak dengan serentak iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat menjadi satu cabaran bagi kerajaan terhadap sistem keselamatan yang dirancangkan oleh kerajaan. Tindakkan pejuang kemerdekaan Patani di hari ini salah satunya untuk membuktikan bahawa pejuang kemerdekaan Patani dapat mengawal kawasan secara keseluruhan bukan 15% seperti dikatakan oleh kerajaan Thai.
Penduduk wilayah selatan ingin melihat kesungguhan kerajaan dalam mengatasi konflik bukan menggunakan bajet tahunan untuk memberi bantuan atau untuk menyokong kapitalis yang berada di wilayah selatan. Jikalau kerajaan bersikap seperti ini, konflik di wilayah selatan akan membara bahkan menyala, kemuangkinan konflik akan melarat ke luar kawasan sehingga tidak tapat mengontrol.

ไม่มีความคิดเห็น: