Asal Usul Bahasa Melayu
Apabila kita
ingin mengetahui asal usul suatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang
menjadi penutur utama bahasa tersebut. Kerana bahasa itu dilahirkan oleh suatu
masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia
pergi. Demikian juga dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui
asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusuri asal usul bangsa Melayu.